Pages

SHEIKH SAUD-SHURAIM


Sheikh Saud-Shuraim, atau nama sebenarnya, Dr Shaikh Abu Ibrahim Sa'ud ibn Ibrahim ibn Muhammad ash-Shuraim An-Najdi merupakan salah seorang imam di Masjidil Haram di Mekah Al-Mukarramah. Keluarganya dari Haraqees Bani Zayd suku Arab Saudi. Menjadi tahfiz Al-Quran ketika tahun-tahun terakhir di sekolah menengah. Beliau tamat zaman persekolahannya pada tahun 1983. Beliau kemudian menyambung pelajaran ke Universiti Islam Imam Muhammad bin Saud di Riyadh, dalam jurusan Akidah dan Mazhab Moden, dan tamat pada tahun 1988.


 Kemudian beliau pergi Ma'ahad Al-Aali Lilqadhah dan bekerja sebagai guru di situ pada tahun 1989 sebelum menerima Master pada tahun 1992. Pada tahun 1991, beliau telah dilantik sebagai imam dan khatib di Masjidil Haram dengan perintah Raja Fadh bin Abdul Azeez Al-Saud. Pada 1992, beliau dilantik sebagai hakim di Mahkamah Tinggi Mekah. Dengan kelulusan tinggi yang beliau kecapi, beliau dilantik sebagai pengajar di Masjidil Haram. Pada 1995 pula, beliau mengejar untuk memegang ijazah Kedoktoran di Universiti Umm Al-Qura di Mekah.


Beliau telah berkhidmat sebagai professor di Univeriti Umm Al-Qura dan beliau dilantik sebagai Dekan Fakulti Pengajian Syariah dan Islam. Pada Jun 2010, beliau telah dinaikkan pangkat dari "Professor" ke "Professor Pakar Fiqh" oleh presiden universiti, Dr Bakri bin Mat'ooq. Sheikh Shuraim terkenal dengan suara garau dan gaya bacaan yang lancar. Beliau adalah sepupu Sheikh Sudais sebagai suku mereka adalah berkaitan antara satu sama lain.




SHEIKH MAHER AL-MUEAQLY



Sheikh Maher Al-Mueaqly atau dalam ejaan bahasa Arab ( ماهر المعيقلي ) dilahirkan pada tahun 1967, merupakan imam Masjidil Haram di kota suci Mekah, Arab Saudi. Nama penuh beliau ialah Sheikh Maher Bin Hamad Al-Mueaqly. Ibubapanya telah berpindah ke Madinah Al-Munawwarah dan beliau dilahirkan di sana juga. Ayat-ayat Al-Quran lengkap tersimpan dalam hatinya setelah beliau menghafal Al-Quran di Madinah dengan sempurna dan beliau telah diajar di dalam kelas di Madinah bersama ulama'-ulama' yang dihormati di seluruh dunia sekarang.


Beliau memulakan kerjaya di negeri di bahagian utara Arab Saudi. Beliau telah diajar secara meluas dalam bidang matematik sehingga beliau mengajar bidang tersebut. Pada ketika ini, beliau berhenti berdakwah dan mula bekerja sebagai guru matematik. Kemudian beliau kembali ke Mekah untuk menjadi seorang penceramah dan mengajar di sebuah sekolah. Di Mekah, beliau menjadi penceramah yang terkenal. Beliau disayangi penduduk Mekah dan telah dipilih sebagai penasihat Putera Abdul Majid di Mekah.

Sheikh Maher Al-Mueaqly telah berkahwin dan mempunyai empat anak, dua lelaki dan dua perempuan. Beliau mula mengajar Al-Quran di Mekah sebelum beliau mengajar di Universiti Raja Abdullah Saood. Beliau telah berjanji untuk mengimamkan solat terawih di Madinah pada Ramadan tahun 1426 H dan 1427 H dan beliau menunaikan janjinya. Selepas itu beliau mengetuai solat terawih di Masjidil Haram pada Ramadan 1428H bersama Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais. Beliau juga pergi ke Madinah dan mengimamkan solat di Masjid Nabawi. Beliau telah membawa solat terawih pada tahun 1428H (2007), 1429H (2008) dan 1430H (2009). Beliau juga sering mengimamkan solat Subuh dan Maghrib di Masjidil Haram.



Bacaan ayat-ayat Al-Quran yang merdu oleh beliau di Masjidil Haram telah membuatkan ramai orang terpegun dan timbul perasaan sebak di hati. Bagi yang telah menziarahi Mekah, kamu boleh mengenali suaranya. Bagi yang belum berkesempatan menziarahi kota suci itu, berdoalah pada-Nya agar dikurniakan rezeki untuk ke sana. Alhamdulillah saya telah dapat mengerjakan ibadat umrah pada May 2011 yang lalu bersama keluarga. Setelah pulang ke Malaysia barulah saya dapat mengenali Sheikh Maher dengan lebih lagi. Bila mendengar suara beliau di Youtube, saya teringatkan kenangan di kota suci Mekah. Semoga Allah merahmati beliau. WaAllahu Alam.

p/s : jika anda meminati suara dan bacaannya, anda boleh download bacaannya dalam bentuk MP3 di website ini. Semoga kita mendapat keberkatan dengan mendengar ayat-ayat Al-Quran dari mendengar lagu.
InsyaAllah next post, imam-imam besar Masjidil Haram yang lain, bergantung pada sumber. 

NABI ISA A.S DAN HIDANGAN DARI LANGIT



Suatu hari Nabi Isa a.s. berkata kepada kaumnya, “Berpuasalah kamu sekalian selama 30 hari, kemudian mintalah kepada Allah apa-apa yang kamu hajati. Allah pasti akan makbulkan permintaan kamu itu.”
Mendengar arahan itu, mereka pun berpuasalah. Setelah genap 30 hari, mereka berjumpa dengan Nabi Isa lalu berkata, “Hai Isa, kami telah buat apa yang kamu suruh. Buktikanlah Allah itu Maha Memberi.”
“Mohonlah kepada Allah,” jawab Nabi Isa.
Segera mereka berdoa kepada Allah. Seketika kemudian datanglah para malaikat kepada mereka dengan membawa meja makan. Di atas meja itu terhidang tujuh roti dan tujuh jenis lauk. Setelah malaikat itu pergi, kaum Nabi Isa pun membahagi-bahagikan makanan itu. Yang menghairankan ialah orang yang terakhir memakan hidangan itu dapat makan seperti orang yang pertama.
Di hari lain pula, ketika Nabi Isa a.s. selesai sembahyang sunat dua rakaat, beliau telah berdoa kepada Allah. Tiba-tiba turunlah hidangan berwarna merah dari langit, diapit oleh dua awan. Hidangan turun di hadapan Nabi Isa dan kaumnya. Melihatkan kejadian itu Nabi Isa a.s. menangis lalu berdoa: “Ya Allah, jadikanlah diriku termasuk orang-orang yang bersyukur dan jadikanlah hidangan ini sebagai rahmat dan janganlah Engkau jadikan hidangan ini sebagai bencana dan seksa.”
Kemudian Nabi Isa a.s. mengerjakan sembahyang sunat lagi. Setelah selesai baginda pun berkata sambil menangis: “Siapa di antara kamu ini yang paling bagus amalannya, berdirilah dan bukalah hidangan dan mulakan memakan hidangan ini.”
Berkata Syam`un, yang menjadi pemimpin orang-orang Hawariyyin: “Engkau adalah orang yang paling layak membuka hidangan itu.”
Sekali lagi Nabi Isa a.s mengerjakan sembahyang sunat, kemudian barulah baginda membuka hidangan tersebut dengan menyebut nama Allah.
Didapati ada seekor ikan panggang yang dihiasi dengan berbagai-bagai jenis sayur. Terdapat juga lima ketul roti. Di atas roti yang pertama ada buah zaitun, di atas roti yang kedua ada madu, roti ketiga ada minyak samin, roti yang keempat ada keju dan di atas roti yang kelima ada abon.
“Ya Nabi Isa, hidangan itu dari makanan dunia ataupun dari makanan akhirat?” tanya Syam`un.
“Tidak dari keduanya, tapi hidangan ini Allah ciptakan untuk kamu sekalian sebagaimana yang kamu mahukan. Oleh itu bersyukurlah, insya-Allah Dia akan menambahkan lagi anugerah-Nya kepada kamu,” jawab Nabi Isa a.s.
Dikatakan hidangan dari langit itu telah turun selama 40 hari, tetapi tidaklah turun setiap hari. Yang mengkagumkan ialah sesiapa memakan hidangan itu pasti mendapat keberkatannya. Misalnya orang yang sakit, segera akan sihat wal’afiat, dan jika orang-orang miskin memakan hidangan itu, menjadi kaya selama hidupnya.
Inilah salah satu mukjizat yang dikurniakan oleh Allah kepada kekasih-Nya Nabi lsa a.s.

PEMUDA YANG BER-IBU DAN BER-BAPAKAN BABI



Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah s.w.t. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah s.w.t.. Nabi Musa sering bertanya dan Allah s.w.t. akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah s.w.t.. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah s.w.t pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.



Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah s.w.t. telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah s.w.t. itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah s.w.t.. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah s.w.t. agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah s.w.t. menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah s.w.t. masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi. Maka ketika itu juga Allah s.w.t. menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah s.w.t. juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah s.w.t. supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah s.w.t. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah s.w.t. WaAllahu Alam.



DOA untuk kedua-dua ibubapa :



KUBUR BERKATA-KATA




Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, iaitu :-

1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w.
"

Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)."

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Quran
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-

1. Jangan berdusta
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4. Jangan kencing sambil berdiri

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, 
"Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." 

Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. 


Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.

Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah s.w.t. dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal 

untuk menjawabnya."

Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Quran, maka al-Quran itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya. WaAllahu Alam.






5 SYARAT JIKA INGIN MELAKUKAN MAKSIAT


Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”


Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.”

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”

Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”


Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”


“Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya?”


“Yang kedua,” kata Ibrahim, “Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!”
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”


“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.


Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!”


Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”


“Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim.


Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.”


Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”


“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”


“Baiklah, apa syarat yang kelima?”
Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”


Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.”


Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” katanya sambil terisak-isak.

SAIDINA ALI DILUDAHI MUSUH



Suatu hari ketika Sayidina Sayidina Ali sedang berada dalam pertempuran, pedang musuhnya patah dan orangnya terjatuh. Sayidina Ali berdiri di atas musuhnya itu, meletakkan pedangnya ke arah dada orang itu, dia berkata, “Jika pedangmu berada di tanganmu, maka aku akan lanjutkan pertempuran ini, tetapi kerana pedangmu patah, maka aku tidak boleh menyerangmu.”

“Kalau aku punya pedang saat ini, aku akan memutuskan tangan-tanganmu dan kaki-kakimu,” orang itu berteriak balik.


“Baiklah kalau begitu,” jawab Sayidina Ali, dan dia menyerahkan pedangnya ke tangan orang itu.
“Apa yang sedang kamu lakukan”, tanya orang itu kebingungan.
“Bukankah saya ini musuhmu?”
Sayidina Ali memandang tepat di matanya dan berkata, “Kamu bersumpah kalau memiliki sebuah pedang di tanganmu, maka kamu akan membunuhku. Sekarang kamu telah memiliki pedangku, kerana itu majulah dan seranglah aku”.
Tetapi orang itu tidak mampu. “Itulah kebodohanmu dan kesombongan berkata-kata,” jelas Sayidina Ali.
“Di dalam agama Allah tidak ada perkelahian atau permusuhan antara kamu dan aku. Kita bersaudara. Perang yang sebenarnya adalah antara kebenaran dan kekurangan kebijakanmu. Iaitu antara kebenaran dan dusta. Engkau dan aku sedang menyaksikan pertempuran itu. Engkau adalah saudaraku. Jika aku menyakitimu dalam keadaan seperti ini, maka aku harus mempertanggungjawabkannya pada hari kiamat. Allah akan mempertanyakan hal ini kepadaku.”
“Inikah cara Islam?” Orang itu bertanya.
“Ya,” jawab Sayidina Ali, “Ini adalah Firman Allah, yang Maha Kuasa, dan Maha Satu.”
Dengan segera, orang itu bersujud di kaki Sayidina Ali dan memohon, “Ajarkan aku syahadat.”
Dan Sayidina Ali pun mengajarkannya, “Tiada tuhan melainkan Allah. Tiada yang ada selain Engkau, ya Allah.”
Hal yang sama terjadi pada pertempuran berikutnya. Sayidina Ali menjatuhkan lawannya, meletakkan kakinya di atas dada orang itu dan menempelkan pedangnya ke leher orang itu. Tetapi dia tidak membunuh orang itu.
“Mengapa kamu tidak membunuh aku?” Orang itu berteriak dengan marah.
“Aku adalah musuhmu. Mengapa kamu hanya berdiri saja?” Dan dia meludahi muka Sayidina Ali.
Mulanya Sayidina Ali menjadi marah, tetapi kemudian dia mengangkat kakinya dari dada orang itu dan menarik pedangnya.
“Aku bukan musuhmu”, Sayidina Ali menjawab.
“Musuh yang sebenarnya adalah sifat-sifat buruk yang ada dalam diri kita. Engkau adalah saudaraku, tetapi engkau meludahi mukaku. Ketika engkau meludahi aku, aku menjadi marah dan keangkuhan datang kepadaku. Jika aku membunuhmu dalam keadaan seperti itu, maka aku akan menjadi seorang yang berdosa, seorang pembunuh. Aku akan menjadi seperti semua orang yang kulawan. Perbuatan buruk itu akan tercatit atas namaku. Itulah sebabnya aku tidak membunuhmu.”
“Kalau begitu tidak ada pertempuran antara kau dan aku?” orang itu bertanya.
“Tidak. Pertempuran adalah antara kearifan dan kesombongan. Antara kebenaran dan kepalsuan”. Sayidina Ali menjelaskan kepadanya. “Meskipun engkau telah meludahiku, dan mendesakku untuk
membunuhmu, aku tak boleh.”
“Dari mana datangnya ketentuan semacam itu?”
“Itulah ketentuan Allah. Itulah Islam.”
Dengan segera orang itu tersungkur di kaki Sayidina Ali dan dia juga diajarkan dua kalimah syahadat sebagai tanda keIslaman dan keimanannya.