Pages

ASAL USUL HAJARUL ASWAD

click here for ENGLISH TRANSLATION for this post


Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah, banyak kekurangan pada Kaabah. Pada mulanya Kaabah itu tidak mempunyai bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus kumus menyiapkan pembinaan Kaabah dengan mengangkut batu-batu dari gunung-ganang. Dalam sebuah kisah disebutkan setelah pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan pada Kaabah. Lantas Nabi Ibrahim berkata Nabi Ismail berkata, "pergilah engkau mencari sebuah batu untuk diletakkan sebagai penanda untuk manusia."

Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang Malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada bapanya Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa sangat gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, lalu beliau menciumnya beberapa kali diikuti oleh Nabi Ismail a.s.  Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi mengerjakan ibadat di Baitullah. Siapa saja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut-rebut ingin mencium Hajar Aswad, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan saja. Ada riwayat mengatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang.




Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa oleh Allah. Bagi yang berkesempatan, berdoalah di sana, InsyaAllah doanya akan makbulkan oleh Allah. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyekutukan Allah, sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah. Khalifah Umar bin Al-Khattab pernah berkata apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : "Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah S.A.W menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukannya (mencium Hajar Aswad)." WaAllahu Alam..

No comments:

Post a Comment