Pages

PEROMPAK YANG MEMULIAKAN BULAN REJAB



Satu ketika di zaman Nabi Muhammad S.A.W, terdapat seorang perompak jalanan yang terkenal. Setiap selepas tengah malam, dia akan menangkap dan merompak sesiapa sahaja yang ditemuinya berjalan berseorangan. Kadangkala, dia akan memukul dan membunuh orang yang dirompaknya. Selepas merompak, dia terus pulang ke rumah. Tidak ada seorang pun yang mampu menangkap lelaki tersebut. Disebabkan kekejamannya, Nabi S.A.W telah berkata dengan perasaan marah tentang lelaki tersebut: “Orang tu jahat, jika dia meninggal, aku tidak akan menyembahyangkan dan mengkebumikannya di tanah perkuburan orang Muslim”.

Selepas beberapa tahun, lelaki tersebut meningggal dunia. Dia mempunyai seorang anak perempuan. Malangnya, anak perempuannya tidak menemui seorang pun yang boleh membantunya menguruskan jenazah ayahnya. Disebabkan Nabi S.A.W pernah mencela perbuatan ayahnya tidak akan menyembahyangkan dan mengkebumikannya di tanah perkuburan orang Muslim, budak-budak nakal telah membawa jenazah tersebut melalui jalan Madina dan membuangnya ke dalam sebuah perigi kosong serta kering. Sebaik sahaja jenazah itu dibuang, Allah telah berfirman kepada Nabi Muhammad S.A.W dan berkata, “Ya Habibi ya Muhammad! Wahai kekasih Ku Nabi S.A.W, hari ini seorang daripada wali Ku telah meninggal dunia. Kamu mesti pergi dan memandikannya, mengkafankannya, menyembahyangkkannya serta mengkebumikannya.”

Nabi S.A.W terkejut, sepanjang hidupnya dia telah mencela lelaki tersebut. Sekarang apabila lelaki tersebut meninggal dunia, Allah memberitahu baginda bahawa lelaki tersebut sebenarnya adalah wali-Nya. Bagaimana dia boleh menjadi wali? Sesungguhnya tidak ada seorang pun yang dapat mencampuri urusan pengetahuan Allah, walaupun Nabi S.A.W.
Allah berkata kepada Nabi S.A.W, “Ya Rasulullah, pergi dapatkan dia dan bersihkan dia.” Dengan serta merta, Nabi S.A.W memanggil Saidina Abu Bakar as-Siddiq dan berkata, “Wahai Abu Bakar, kita perlu pergi dan dapatkan ‘lelaki’ tersebut. Abu Bakar berkata, “Ya Rasulullah, kamu pernah berkata yang kamu tidak akan mengkebumikan lelaki tersebut di tanah perkuburan orang Islam, dia bukan seorang muslim!” Nabi S.A.W berkata, “Tidak, tinggalkan persoalan Muslim. Allah memberitahuku hari ini yang lelaki tersebut adalah seorang wali!”
Apa yang telah dilakukan oleh perompak tersebut sepanjang hidupnya sehingga dia boleh menjadi seorang wali? Sepanjang hidupnya, dia telah membunuh, merompak dan mencuri. Nabi S.A.W pergi ke perigi tersebut, mengambil mayat lelaki tersebut dengan tangan baginda sendiri, dan membawanya pulang ke rumahnya dengan sahabat-sahabatnya. Kemudian, baginda membersihkannya, memandikannya, mengkafankannya, menyembahyangkannya dan seterusnya membawa jenazah lelaki tersebut daripada masjid Nabi S.A.W. ke Jannat ul-Baqi. Jarak perjalanan dari masjid ke Jannat ul-Baqi ialah 15 minit jika berjalan kaki. Namun begitu, Nabi S.A.W mengambil masa lebih daripada dua jam untuk sampai dari tempat yang pertama ke tempat yang kedua. Semua sahabat-sahabat baginda berasa hairan apabila melihat cara Rasulullah S.A.W. berjalan. Dengan tangan baginda sendiri baginda telah membersihkan lelaki tersebut, memandikannya dan menyembahyangkannya. Semasa baginda membawa jenazah tersebut ke tanah perkuburan, baginda berjalan menggunakan jari kakinya (secara mengjinjat). Lantas sahabat-sahabat baginda bertanya, “Wahai Rasulullah, kenapakah engkau berjalan sedemikian?” Baginda menjawab, “Allah telah memerintahkan semua wali daripada timur dan barat, dan semua malaikat daripada tujuh syurga dan semua kerohanian hadir dan mengiringi jenazah ini. Mereka semua terlalu ramai dan memenuhi jalan, dan aku tidak mempunyai tempat untuk meletakkan kakiku. Sepanjang hidup aku, tidak pernah aku terkejut seperti hari ini.”
Selepas mengkebumikan lelaki tersebut, Nabi S.A.W tidak bercakap dengan sesiapapun sebaliknya baginda terus pulang ke rumah dengan badan yang terketar-ketar. Baginda duduk dengan Saidina Abu Bakar dan bertanya kepada diri baginda tentang apa yang telah dilakukan oleh wali tersebut; menjadi perompak sepanjang hidupnya tetapi mendapat pengiktirafan yang cukup tinggi dari Allah. Saidina Abu Bakar berkata, “Wahai Rasulullah, aku berasa malu untuk bertanyakan tentang apa yang telah aku saksikan hari ini, ia sesuatu yang menghairankan.” Kemudian, Nabi S.A.W. menjawab,” Wahai Abu Bakar, aku lebih terkejut dari kamu, dan aku sedang menunggu kehadiran Jibril dan memberitahuku apa yang telah berlaku”
Apabila Jibril datang, Nabi S.A.W berkata,” Wahai Jibril, apakah yang sebenarnya berlaku?” Jibril menjawab,” Wahai Nabi S.A.W., janganlah engkau bertanya aku. Aku juga hairan sepertimu. Oleh sebab itu, jangan berasa hairan kerana Allah boleh lakukan apa sahaja yang orang lain tidak dapat lakukan dan Dia memberitahu kamu untuk bertanyakan anak lelaki tersebut tentang apa yang telah dilakukannya semasa hanyatnya.”
Dengan serta-merta dan ditemani oleh Saidina Abu Bakar, Nabi S.A.W. dengan sendirinya pergi ke rumah perompak tersebut. Nabi S.A.W. dengan rendah diri meletakkan kuasa dan statusnya sebagai manusia paling sempurna yang dicintai Allah pergi ke rumah perompak tersebut untuk bertanyakan apa yang telah dilakukan oleh ayahnya semasa hanyatnya: “Wahai anakku, sila ceritakan kepadaku bagaimanakah kehidupan ayahmu.” Anak perempuan lelaki tersebut berkata, “Wahai Rasulullah, aku begitu malu dengan apa yang akan aku ceritakan kepada kamu. Ayahku seorang pembunuh, seorang pembunuh. Aku tidak pernah melihat dia melakukan sebarang kebaikan. Dia akan merompak dan mencuri siang dan malam kecuali satu bulan. Apabila bulan tersebut tiba, dia akan berkata: “Bulan ini adalah bulan Tuhanku, kerana ayahku pernah mendengar engkau berkata, Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban adalah bulan Nabi S.A.W. dan Ramadhan adalah bulan umat Muhammad.” Kemudian ayahku berkata lagi, “Aku tidak kisah dengan bulan Nabi S.A.W. atau bulan umat Muhammad, kecuali bulan Tuhanku. Oleh sebab itu aku akan duduk di dalam bilikku bersendiriaan, dan bersuluk sepanjang bulan ini.
Nabi S.A.W bertanya kepada anak perempuan itu lagi, “Apakah jenis suluk yang dia telah lakukan?” Dia menjawab,” Wahai Rasulullah, satu hari ketika ayahku sedang berjalan untuk mencari seseorang yang boleh dirompaknya, dia bertemu dengan seorang lelaki tua yang berumur 70 ke 80 tahun. Lantas ayahku memukulnya sehingga pengsan, dan kemudiannya merompaknya. Dia menemui sehelai kertas kecil yang tergulung pada orang tua tersebut. Kemudian, dia membukanya dan mendapati di dalamnya ada satu doa. Ayahku amat gembira dengan doa tersebut. Setiap tahun, apabila datang bulan Rejab bulan Allah , ayahku akan duduk bersendirian dan membaca doa tersebut siang dan malam, menangis dan membaca, kecuali keluar untuk makan dan membersihkan diri. Apabila bulan Rejab berakhir, dia akan bangun dan berkata, bulan Allah telah tamat, sekarang untuk menggembirakan ku aku akan kembali merompak dan mencuri untuk 11 bulan yang akan datang.
Doa yang digunakan oleh lelaki tersebut adalah sangat penting dan kita dinasihatkan untuk membacanya 3 kali sehari ketika bulan Rejab. Apabila Nabi S.A.W meminta anak perempuan lelaki tersebut memberikan doa tersebut kepadanya, baginda terus mencium kertas doa tersebut dan menyapunya pada badan baginda. Jangan tinggalkan doa dan amalkannya ketika bulan ini datang, teruskan membacanya, dan Allah akan memberi kepada kita, Insyallah. Bergantung kepada niat masing-masing.


Allah telah berkata kepada Nabi S.A.W., “Wahai Nabi yang Kucintai, orang itu telah datang dan memohon keampunan dari Ku di dalam bulan yang sangat berharga. Oleh sebab itu, kerana dia berkorban sekurang-kurangnya satu bulan dalam setahun untuk Ku, Aku ampunkan semua kesalahannya, dan aku tukarkan semua dosanya kepada ganjaran. Kerana dia mempunyai terlalu banyak dosa, sekarang dia mempunyai banyak ganjaran, dan dia kini menjadi wali besar.” Kerana satu doa, Allah jadikan seseorang yang tidak pernah beribadat sepanjang hidupnya menjadi wali.

SOLAT TERAWIH


Tidak lama lagi kita akan meninggalkan bulan Sya'aban dan akan memasuki bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan. Di bulan Ramadhan, semua umat Islam yang cukup syarat-syaratnya diwajibkan berpuasa dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari. Pada waktu malam, umat Islam disunatkan menunaikan solat sunat Terawih sama ada dengan berjemaah ataupun bersendirian. Walaupun hukumnya sunat muakad, tetapi ganjaran pahala yang Allah berikan kepada orang-orang yang menunaikannya sangat besar. 


Diriwayatkan dari Ali bin Abi Talib R.A bahawa baginda Rasulullah S.A.W pernah ditanya oleh sahabat apakah kelebihan-kelebihan solat Tarawih pada bulan Ramadhan. Maka Rasulullah bersabda dengan memberitahu sahabat kelebihan di setiap malam di bulan Ramadhan :


MALAM
KEUTAMAAN
PERTAMA

SEORANG MUKMIN ITU AKAN DIAMPUNKAN SEGALA DOSANYA SEPERTI DIA BARU DILAHIRKAN DARI PERUT IBUNYA

KEDUA

DIAMPUNKAN DOSA-DOSA IBU BAPANYA JIKA KEDUA-DUANYA BERIMAN KEPADA ALLAH

KETIGA

BERSERU MALAIKAT DI BAWAH ARASY ALLAH
KEEMPAT

ALLAH MENGURNIAKAN PAHALA SEPERTI MEMBACA TAURAT, INJIL, DAN FURQAAN.

KELIMA

ALLAH BERIKAN KEPADANYA PAHALA SEPERTI PAHALA ORANG YANG BERSEMBAHYANG DI MASJIDIL HARAM, MASJID MADINAH, DAN MASJIDIL AQSA.

KEENAM

ALLAH BERIKAN KEPADANYA PAHALA SEPERTI ORANG YANG TAWAF DI KAABAH DAN SETIAP BATU-BATU DAN TANAH MENDOAKAN ALLAH MENGAMPUNI ORANG YANG BERSOLAT TERAWIH MALAM ITU.

KETUJUH

PAHALA SEOLAH-OLAH DIA MENOLONG NABI MUSA DALAM MELAWAN FIR’AUN DAN HAMMAAN.

KELAPAN

ALLAH KURNIAKAN PAHALA KEPADA ORANG YANG BERSOLAT TERAWIH MALAM ITU SEPERTIMANA YANG TELAH DIKURNIAKAN KEPADA NABI IBRAHIM A.S.

KESEMBILAN

ALLAH MEMBERI PAHALA DAN MENAIKKAN MUTU IBADAH ORANG YANG BERSOLAT TERAWIH MALAM ITU SEPERTI NABI MUHAMMAD S.A.W.

KESEPULUH

ALLAH BERIKAN REZEKI KEPADANYA AKAN KEBAIKAN DUNIA DAN AKHIRAT.

KESEBELAS

KELUAR IA DARI DUNIA (MATI) DALAM KEADAAN BERSIH DARI DOSA SEPERTI BARU DILAHIRKAN IBUNYA.

KEDUABELAS

DATANG IA PADA HARI KIAMAT DENGAN WAJAH YANG BERCAHAYA.

KETIGA BELAS

DATANG IA DI HARI KIAMAT DENGAN KEADAAN AMAN DARIPADA SETIAP KEJAHATAN DAN KEBURUKAN.

KEEMPATBELAS

DATANGLAH PARA MALAIKAT MENYAKSIKAN BAHAWA DIA TELAH MELAKUKAN SOLAT TERAWIH.

KELIMABELAS

PARA MALAIKAT DAN PARA PEMIKUL-PEMIKUL ‘ARASY DAN KURSI MEMINTAKAN AMPUN UNTUKNYA.

KEENAM BELAS

DITULISKAN ALLAH BAGINYA KEBEBASAN SELAMAT DARI NERAKA DAN KEBEBASAN UNTUK MASUK KE DALAM SYURGA.

KETUJUH BELAS

DIBERIKAN KEPADA ORANG YANG BERTERAWIH PAHALA SEPERTI PAHALA NABI-NABI.

KEDELAPANBELAS

BERSERULAH MALAIKAT:WAHAI HAMBA ALLAH,SESUNGGUHNYA ALLAH TELAH MEREDHAIMU DAN KEDUA IBU BAPAMU.

KESEMBILANBELAS

DIANGKATKAN ALLAH DARJAT ORANG YANG BERTERAWIH DI DALAM SURGA FIRDAUS.

KEDUAPULUH

DIBERIKAN KEPADANYA PAHALA ORANG-ORANG YANG MATI SYAHID DAN ORANG-ORANG SALEH.

KEDUAPULUH SATU

ALLAH CIPTAKAN ISTANA UNTUK ORANG YANG BERTERAWIH DARIPADA NUR (CAHAYA)

KEDUAPULUH DUA

DATANG ORANG YANG BERTERAWIH MALAM INI DI HARI KIAMAT KELAK DALAM KEADAAN AMAN DAMAI DAN TENTERAM WALAUPUN KEADAAN KECOH DI PADANG MAHSYAR.

KEDUAPULUHTIGA

ALLAH CIPTAKAN SEBUAH BANDAR DARIPADA CAHAYA DI DALAM SURGA UNTUK ORANG YANG BERTERAWIH MALAM INI.

KEDUAPULUH EMPAT

ALLAH BUKA 24 JAM WAKTU MUSTAJAB DOA BAGI ORANG YANG BERTERAWIH MALAM INI.

KEDUAPULUH LIMA

ALLAH LEPASKAN ORANG YANG BERTERAWIH MALAM INI DARIPADA AZAB KUBUR.

KEDUAPULUH ENAM

ALLAH SWT BERI PAHALA SEPERTI DIA BERIBADAT SELAMA 40 TAHUN.

KEDUAPULUH TUJUH

DIA AKAN DIMUDAHKAN MELALUI TITIAN SIRAT SEPANTAS KILAT

KEDUAPULUH DELAPAN

ALLAH ANGKATKAN BAGINYA SERIBU DERAJAT DIDALAM SURGA.

KEDUAPULUH SEMBILAN

ALLAH BERIKAN PAHALA SERIBU HAJI MABRUR.

KETIGA PULUH

ALLAH BERI PENGHORMATAN YANG PALING ISTIMEWA BAGI YANG BERTERAWIH MALAM INI.



Sebar-sebarkan kepada orang lain. Semoga kita mendapat rahmat dari Allah insyaAllah. WaAllahualam...

KERAJINAN ABDULLAH BIN ZUBAIR BERIBADAH KEPADA ALLAH

Abdullah bin Zubair seorang yang rajin beribadah. Kerajinan Abdullah bin Zubair mengerjakan ibadah kepada Allah terserlah semasa hidupnya. Solat-solat sunat siang dan malam tidak pernah dia tinggalkan, apatah lagi solat yang wajib. Demikian juga beliau mengekalkan ibadah tawaf di Kaabah dalam setiap masa dan dalam keadaan apa sekalipun. Suatu hari kota Makkah dilanda hujan lebat dan banjir sehingga kawasan Masjidil Haram dipenuhi air dan Kaabah pun hampir tenggelam. Dalam keadaan seperti itu sekalipun, Abdullah bin Zubair tetap ingin bertawaf, maka beliau pun berenang mengelilingi Kaabah sehingga selesai tawafnya.


Abdullah bin Zubair juga seorang yang sangat khusyuk apabila mengerjakan solat. Diceritakan, pada suatu hari Abdullah bin Zubair sedang solat, tiba-tiba jatuh seekor ular dari bahagian atas rumahnya dan membelit tubuh anaknya yang berada dekat dengannya. Isteri Abdullah bin Zubair pun menjerit dan orang ramai pun datang menyelamatkan anaknya lalu membunuh ular tersebut. Abdullah bin Zubair sedikit pun tidak memandang kepada mereka yang sedang kecoh itu. Mereka bertanya kepada Abdullah bin Zubair sama ada beliau menyedari apa yang berlaku, tetapi beliau menjawab beliau sedikit pun tidak menyedari apa yang berlaku. Begitu khusyuknya Abdullah bin Zubair ketika beribadah kepada Allah. Kalau kita bagaimana?


Tentang ibadah puasa Abdullah bin Zubair, diceritakan bahawa beliau berpuasa sepanjang masa sehingga hari jumaat. Jika berpuasa di Makkah, beliau tidak akan berbuka kecuali setelah sampai di Madinah kerana beliau seorang yang tahan lapar. Pada bulan Ramadhan pula, beliau tidak makan kecuali hanya sekali pada pertengahan bulan.


Soal pakaian pula, Abdullah bin Zubair ini sangat bersahaja dan seolah-olah tidak peduli tentang pakaiannya sehingga ada yang menceritakan bahawa selama 40 tahun beliau tidak menukar pakaiannya. Itulah serba sedikit cerita tentang Abdullah bin Zubair yang saya tahu. WaAllahu 'Alam.




MUHASABAH DIRI SEBENTAR

Click here for ENGLISH TRANSLATION of this post


Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz



Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..




Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!




Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.....
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?




Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.




Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?




Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla)




Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?





 Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ko penat kan..seharian ko keje xrehat2..badan mesti letih gila kn..rehat2 dulu, tidur kejap ke..nanti2 bleh sembahyang..




Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1... Anda - Patutke aku biarkan teks ini tetap di sini..
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (sebarkan ini)
3.Syaitan??..hmmm..Biarkan je kat cni..



Pikir-pikir la sendiri..Wassalam
p/s : gambar tu saja-saja je, tidak ada kene mengena dengan sesiapa..search kat google je..

KISAH SEORANG LELAKI PADA ZAMAN NABI MUSA A.S

click here for ENGLISH TRANSLATION of this post


Terdapat seorang lelaki pada zaman nabi Musa A.S yang meninggal dunia. Orang ramai tidak mahu menguruskan jenazahnya kerana kefasikan lelaki ini. Mereka kemudiannya membuang jenazahnya ke sebuah tempat yang kotor dan busuk. Allah S.W.T kemudiannya memberikan wahyu-Nya kepada Nabi Musa A.S. Allah berfirman "Wahai Musa, seorang lelaki telah meninggal dunia, tetapi orang-orangmu telah mencampakkan jenazahnya di tempat yang kotor, sedangkan dia ialah kekasih daripada kekasih-Ku, mereka tidak mahu memandikannya, mengkafankannya dan mengebumikan jenazahnya, maka engkau pergilah, uruskan jenazahnya."


Kemudian Nabi Musa A.S pun berangkat ke tempat tersebut. Nabi Musa A.S bertanya, "beritahulah aku tempatnya." Mereka pun bersama-sama menuju ke tempat tersebut. Ketika Nabi Musa A.S melihat mayatnya, orang-orangnya pun bercerita tentang kefasikannya. Lalu Nabi Musa A.S berbisik kepada Tuhan-Nya dengan berkata, "Ya Allah, Engkau memerintahkanku untuk menguruskan mayatnya, sedangkan orang-orangku menjadi saksi atas kejahatannya, maka Engkau lebih tahu daripada mereka."


Kemudian Allah berfirman, "Wahai Musa, benarlah kata-kata kaummu tentang perilaku lelaki ini semasa hidup. Namun, ketika dia menghampiri ajalnya, dia memohon pertolongan dengan tiga perkara, jika semua orang yang berdosa memohon dengannya, pasti Aku akan mengampuninya dirinya demi Allah, Zat yang Maha Mengasihani." Tanya Nabi Musa "Ya Allah, apakah tiga perkara itu?"


Allah berfirman, "ketika dia diambang kematiannya :




1) Dia Benci Kemaksiatan Dalam Hati..
Pertama sekali dia berkata, "Ya Tuhanku, Engkau tahu akan diriku, penuh dengan kemaksiatan, sedangkan aku sangat benci kepada kemaksiatan dalam hati, tetapi jiwaku terkumpul tiga sebab aku melakukan maksiat walaupun aku membencinya dalam hatiku iaitu: hawa nafsuku, teman yang jahat dan iblis yang laknat. Inilah yang menyebabku terjatuh dalam kemaksiatan, sesungguhnya Engkau lebih tahu daripada apa yang aku ucapkan, maka ampunilah aku."


2) Mencintai Orang Soleh..
Kedua dia berkata, "Ya Allah, Egkau tahu diriku penuh dengan kemaksiatan, dan tempat aku ialah bersama orang fasik, tetapi aku lebih suka berkawan dengan orang yang soleh, kezuhudan mereka dan aku lebih suka duduk bersama mereka daripada bersama orang fasik."


3) Mendahulukan Keperluan yang Baik
Ketiga, dia berkata, "Wahai Tuhanku, Engkau lebih mengetahui bahawa aku lebih cintakan orang soleh dari orang yang fasik, sehingga jika datang dua orang kepadaku : seorang yang soleh, dan seorang lagi yang fasik, pasti aku dahulukan keperluan orang yang soleh dari orang yang fasiq."


Lelaki itu kemudian berkata lagi, "Ya Allah, jika Engkau mengampuni dosa-dosaku bagai buih di pantai, maka bahagialah kekasih-kekasihMu, Nabi-NabiMu, manakala syaitan dan iblis akan merasa susah. Sebaliknya jika Engkau tidak mengampuniku, maka syaitan dan iblis akan bersorak kegembiraan dan para NabiMu dan kekasihMu akan merasa sedih. Oleh itu, ampunilah aku wahai Tuhan Pencipta Sekalian Alam, sesungguhnya Engkau tahu apa yang aku ucapkan."


Maka, Allah pun berfirman, "Lantas Aku sayangi dia dan Aku mengampuni segala dosanya, sesungguhnya Aku Maha Mengasihani, khusus bagi orang yang mengakui kesalahan dan dosanya di hadapanku. Hamba ini telah mengakui kesalahannya, maka Aku ampuninya. Wahai Musa, lakukan apa yang Aku perintahkan, sesungguhnya Aku memberi keampunan sebab mulianya orang yang menguruskan jenazahnya dan menghadiri pengebumiannya."


*Kisah ini menunjukkan kita tidak boleh putus asa dengan rahmat Allah walau apa jua. Semoga Allah mengampuni segala dosa kita. WaAllahu Alam.

ASAL USUL HAJARUL ASWAD

click here for ENGLISH TRANSLATION for this post


Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah, banyak kekurangan pada Kaabah. Pada mulanya Kaabah itu tidak mempunyai bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus kumus menyiapkan pembinaan Kaabah dengan mengangkut batu-batu dari gunung-ganang. Dalam sebuah kisah disebutkan setelah pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan pada Kaabah. Lantas Nabi Ibrahim berkata Nabi Ismail berkata, "pergilah engkau mencari sebuah batu untuk diletakkan sebagai penanda untuk manusia."

Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang Malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada bapanya Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa sangat gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, lalu beliau menciumnya beberapa kali diikuti oleh Nabi Ismail a.s.  Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi mengerjakan ibadat di Baitullah. Siapa saja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut-rebut ingin mencium Hajar Aswad, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan saja. Ada riwayat mengatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang.




Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa oleh Allah. Bagi yang berkesempatan, berdoalah di sana, InsyaAllah doanya akan makbulkan oleh Allah. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyekutukan Allah, sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah. Khalifah Umar bin Al-Khattab pernah berkata apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : "Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah S.A.W menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukannya (mencium Hajar Aswad)." WaAllahu Alam..

KISAH RASULULLAH DAN ORANG BADWI

Click here for ENGLISH TRANSLATION of this post

Pada suatu masa, ketika Nabi Muhammad S.A.W sedang bertawaf di Kaabah, baginda terdengar seseorang di hadapannya bertawaf sambil berzikir: “Ya Karim! Ya  Karim!”. Rasulullah S.A.W meniru zikirnya “Ya Karim! Ya Karim!”. Orang itu berhenti di satu sudut Kaabah dan menyebutnya lagi “Ya Karim! Ya Karim!”. Rasulullah yang berada di belakangnya menyebutnya lagi “Ya Karim! Ya Karim!”.

Orang itu berasa dirinya di perolok-olokkan, lalu dia menoleh ke belakang dan dilihatnya seorang lelaki yang sangat tampan dan gagah yang belum pernah di lihatnya. Orang itu berkata, “Wahai orang tampan, apakah engkau sengaja mengejek-ngejekku, kerana aku ini orang badui? Kalaulah bukan kerana ketampanan dan kegagahanmu, akan aku beritahu kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah.”

Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah SAW tersenyum lalu berkata: “Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?”. “Belum,” jawab orang itu. “Jadi bagaimana kamu beriman kepadanya?” tanya Rasulullah SAW. “Saya percaya akan kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya walaupun saya belum pernah bertemu dengannya,” jawab orang Arab badwi itu.

Rasulullah SAW pun berkata kepadanya: “Wahai orang Arab, ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat.” Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya lalu berkata, “Kamu Nabi Muhammad?”.  “Ya,” jawab Nabi SAW. Dengan segera orang itu tunduk dan mencium kedua-dua kaki Rasulullah SAW.


Melihat hal itu Rasulullah SAW menarik tubuh orang Arab badwi itu lalu berkata, “Wahai orang Arab, janganlah berbuat seperti itu. Perbuatan seperti itu biasanya dilakukan oleh seorang hamba saja kepada tuannya. Ketahuilah, Allah mengutus aku bukan untuk menjadi seorang yang takabur,  yang minta dihormati atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya.”

Ketika itulah turun Malaikat Jibril untuk membawa berita dari langit, dia berkata, “Ya Muhammad, Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu dan berfirman: “Katakan kepada orang Arab itu, agar tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di Hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar.”

Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. Orang Arab itu pula berkata, “Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan denganNya.” Orang Arab badwi berkata lagi, “Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran magfirahNya. Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa luasnya pengampunanNya. Jika Dia memperhitungkan kebakhilan hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa dermawanNya.”

Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah SAW pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu sehingga air mata meleleh membasahi janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata, “Ya Muhammad, Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu dan berfirman: “Berhentilah engkau daripada menangis, sesungguhnya kerana tangisanmu, penjaga Arasy  lupa bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga ia bergoncang. Sekarang katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan menghitung kemaksiatannya. Allah sudah mengampunkan semua kesalahannya dan akan menjadi temanmu di syurga nanti.” Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita itu dan menangis karena tidak berdaya menahan rasa terharu. Wassalam.

*Mudah-mudahan Allah mengampuni segala dosa-dosa kita dan menjadi teman kita di syurga nanti. Wallahualam.

SEJARAH MASJID QIBLATAIN

click here for ENGLISH TRANSLATION of this post


Pada zaman Rasulullah S.A.W, masjid ini merupakan tempat mengerjakan solat bagi Bani Salamah. Ianya terletak di sebelah barat laut Madinah berdekatan dengan Wadi Aqeeq dan Universiti Islam Madinah. Masjid ini diberi nama Masjid Kiblatain (Masjid 2 Kiblat) bersempena dengan peristiwa turunnya perintah Allah S.W.T agar Rasulullah menjadikan Kaabah sebagai kiblat menggantikan Baitul Maqdis.

Peristiwa ini berlaku pada 2 Hijrah iaitu selepas 16 atau 17 bulan selepas Baginda berhijrah ke Madinah. Rasulullah S.A.W bersama beberapa orang sahabat telah pergi ke perkampungan Bani Salamah kerana menerima jemputan jamuan makan tengah hari daripada Ummu Bisyr ibn al-Bara'

Apabila tiba waktu Zohor Rasulullah S.A.W dan para sahabat mengerjakan solat Zohor di Masjid Bani Salamah berkiblatkan  Baitul Maqdis. Ketika berada pada rakaat kedua, turun firman Allah S.W.T yang bermaksud :

".. Maka sesungguhnya Kami akan memalingkan kamu ke arah kiblat yang kamu sukai, oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram.. "  Surah Al-Baqarah : 144.


Dengan turunnya ayat di atas, Rasulullah S.A.W segera mengubah arah kiblat Baginda dengan berpusing ke belakang diikuti para sahabat dan mereka menyempurnakan solat Zohor tersebut. Jelas di sini bahawa Rasulullah S.A.W mengerjakan solat Zohor tersebut menghadap ke arah dua kiblat iaitu Baitul Maqdis, dan kemudian mengubah kedudukan Baginda lalu berkiblatkan Baitullah di Makkah Al-Mukarramah. Wassalam.