Tidak lama lagi kita akan meninggalkan bulan Sya'aban dan akan memasuki bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan. Di bulan Ramadhan, semua umat Islam yang cukup syarat-syaratnya diwajibkan berpuasa dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari. Pada waktu malam, umat Islam disunatkan menunaikan solat sunat Terawih sama ada dengan berjemaah ataupun bersendirian. Walaupun hukumnya sunat muakad, tetapi ganjaran pahala yang Allah berikan kepada orang-orang yang menunaikannya sangat besar.
Diriwayatkan dari Ali bin Abi Talib R.A bahawa baginda Rasulullah S.A.W pernah ditanya oleh sahabat apakah kelebihan-kelebihan solat Tarawih pada bulan Ramadhan. Maka Rasulullah bersabda dengan memberitahu sahabat kelebihan di setiap malam di bulan Ramadhan :
MALAM | KEUTAMAAN |
PERTAMA | SEORANG MUKMIN ITU AKAN DIAMPUNKAN SEGALA DOSANYA SEPERTI DIA BARU DILAHIRKAN DARI PERUT IBUNYA |
KEDUA | DIAMPUNKAN DOSA-DOSA IBU BAPANYA JIKA KEDUA-DUANYA BERIMAN KEPADA ALLAH |
KETIGA | BERSERU MALAIKAT DI BAWAH ARASY ALLAH |
KEEMPAT | ALLAH MENGURNIAKAN PAHALA SEPERTI MEMBACA TAURAT, INJIL, DAN FURQAAN. |
KELIMA | ALLAH BERIKAN KEPADANYA PAHALA SEPERTI PAHALA ORANG YANG BERSEMBAHYANG DI MASJIDIL HARAM, MASJID MADINAH, DAN MASJIDIL AQSA. |
KEENAM | ALLAH BERIKAN KEPADANYA PAHALA SEPERTI ORANG YANG TAWAF DI KAABAH DAN SETIAP BATU-BATU DAN TANAH MENDOAKAN ALLAH MENGAMPUNI ORANG YANG BERSOLAT TERAWIH MALAM ITU. |
KETUJUH | PAHALA SEOLAH-OLAH DIA MENOLONG NABI MUSA DALAM MELAWAN FIR’AUN DAN HAMMAAN. |
KELAPAN | ALLAH KURNIAKAN PAHALA KEPADA ORANG YANG BERSOLAT TERAWIH MALAM ITU SEPERTIMANA YANG TELAH DIKURNIAKAN KEPADA NABI IBRAHIM A.S. |
KESEMBILAN | ALLAH MEMBERI PAHALA DAN MENAIKKAN MUTU IBADAH ORANG YANG BERSOLAT TERAWIH MALAM ITU SEPERTI NABI MUHAMMAD S.A.W. |
KESEPULUH | ALLAH BERIKAN REZEKI KEPADANYA AKAN KEBAIKAN DUNIA DAN AKHIRAT. |
KESEBELAS | KELUAR IA DARI DUNIA (MATI) DALAM KEADAAN BERSIH DARI DOSA SEPERTI BARU DILAHIRKAN IBUNYA. |
KEDUABELAS | DATANG IA PADA HARI KIAMAT DENGAN WAJAH YANG BERCAHAYA. |
KETIGA BELAS | DATANG IA DI HARI KIAMAT DENGAN KEADAAN AMAN DARIPADA SETIAP KEJAHATAN DAN KEBURUKAN. |
KEEMPATBELAS | DATANGLAH PARA MALAIKAT MENYAKSIKAN BAHAWA DIA TELAH MELAKUKAN SOLAT TERAWIH. |
KELIMABELAS | PARA MALAIKAT DAN PARA PEMIKUL-PEMIKUL ‘ARASY DAN KURSI MEMINTAKAN AMPUN UNTUKNYA. |
KEENAM BELAS | DITULISKAN ALLAH BAGINYA KEBEBASAN SELAMAT DARI NERAKA DAN KEBEBASAN UNTUK MASUK KE DALAM SYURGA. |
KETUJUH BELAS | DIBERIKAN KEPADA ORANG YANG BERTERAWIH PAHALA SEPERTI PAHALA NABI-NABI. |
KEDELAPANBELAS | BERSERULAH MALAIKAT:WAHAI HAMBA ALLAH,SESUNGGUHNYA ALLAH TELAH MEREDHAIMU DAN KEDUA IBU BAPAMU. |
KESEMBILANBELAS | DIANGKATKAN ALLAH DARJAT ORANG YANG BERTERAWIH DI DALAM SURGA FIRDAUS. |
KEDUAPULUH | DIBERIKAN KEPADANYA PAHALA ORANG-ORANG YANG MATI SYAHID DAN ORANG-ORANG SALEH. |
KEDUAPULUH SATU | ALLAH CIPTAKAN ISTANA UNTUK ORANG YANG BERTERAWIH DARIPADA NUR (CAHAYA) |
KEDUAPULUH DUA | DATANG ORANG YANG BERTERAWIH MALAM INI DI HARI KIAMAT KELAK DALAM KEADAAN AMAN DAMAI DAN TENTERAM WALAUPUN KEADAAN KECOH DI PADANG MAHSYAR. |
KEDUAPULUHTIGA | ALLAH CIPTAKAN SEBUAH BANDAR DARIPADA CAHAYA DI DALAM SURGA UNTUK ORANG YANG BERTERAWIH MALAM INI. |
KEDUAPULUH EMPAT | ALLAH BUKA 24 JAM WAKTU MUSTAJAB DOA BAGI ORANG YANG BERTERAWIH MALAM INI. |
KEDUAPULUH LIMA | ALLAH LEPASKAN ORANG YANG BERTERAWIH MALAM INI DARIPADA AZAB KUBUR. |
KEDUAPULUH ENAM | ALLAH SWT BERI PAHALA SEPERTI DIA BERIBADAT SELAMA 40 TAHUN. |
KEDUAPULUH TUJUH | DIA AKAN DIMUDAHKAN MELALUI TITIAN SIRAT SEPANTAS KILAT |
KEDUAPULUH DELAPAN | ALLAH ANGKATKAN BAGINYA SERIBU DERAJAT DIDALAM SURGA. |
KEDUAPULUH SEMBILAN | ALLAH BERIKAN PAHALA SERIBU HAJI MABRUR. |
KETIGA PULUH | ALLAH BERI PENGHORMATAN YANG PALING ISTIMEWA BAGI YANG BERTERAWIH MALAM INI. |
Sebar-sebarkan kepada orang lain. Semoga kita mendapat rahmat dari Allah insyaAllah. WaAllahualam...
hadis riwayat siapa ni ya piz?
ReplyDeleteAli bin Abi Talib
ReplyDelete