Pages

KISAH TELADAN UMAR BIN AL-KHATTAB

Click here for ENGLISH TRANSLATION of this post.

Umar dikenali sebagai pemimpin yang adil, menjunjung tinggi hukum Allah dan selalu menyayangi sesama insan, bahkan terhadap haiwan sekalipun. Dalam sebuah riwayat, setelah Umar al-Khattab meninggal dunia, para ulama melihatnya dalam mimpi, kemudian mereka bertanya kepada Umar di alam barzakh.

Mereka bertanya, "Apa yang telah diperbuat Allah kepadamu?". Umar al-Khattab menjawab, "Allah telah mengampuniku." Para ulama bertanya, "Dengan apa, dengan kedermawananmu, dengan keadilanmu, atau dengan zuhudmu?" Umar bin al-Khattab menjawab, "Setelah kamu semua meletakkan aku di dalam kuburan dan menutupiku dengan tanah, lalu kamu tinggalkan aku sendirian, maka masuklah kepadaku dua malaikat yang menakutkan, hilang akalku dan gementar sendi-sendi tulangku kerana takut.

Kemudian, dua malaikat tersebut memegang dan mendudukkan aku. Mereka berdua ingin menganiayaiku, kemudian aku terdengar suatu suara panggilan yang tidak ada rupanya, "Tinggalkan hamba-Ku dan jangan kau menakut-nakutkannya. Sesungguhnya Aku telah menyayanginya dan mengampuni dosanya, kerana ia telah menyayangi burung pipit di dunia, maka aku telah menyayanginya di akhirat."

Kehebatan Umar bin al-Khattab ini terserlah ketika Umar berjalan-jalan di kampung Madinah, kemudian ia terlihat anak kecil yang di tangannya ada burung pipit yang dibuat mainan. Umar berasa hiba dengannya, kemudian membeli burung pipit tersebut daripada anak kecil itu, lalu membebaskan burung itu.




Ini menunjukkan bahawa orang Islam harus selalu menyayangi sesama insan, bahkan tidak boleh menyakiti pada haiwan sekalipun.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr, Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda yang bermaksud : "Orang yang menyayangi akan disayangi Allah yang Maha Kasih Sayang, maka sayangilah orang dibumi, maka orang dilangit akan menyayangi kamu semua" -Wassalam-

No comments:

Post a Comment