Pages

SHEIKH MAHER AL-MUEAQLY



Sheikh Maher Al-Mueaqly atau dalam ejaan bahasa Arab ( ماهر المعيقلي ) dilahirkan pada tahun 1967, merupakan imam Masjidil Haram di kota suci Mekah, Arab Saudi. Nama penuh beliau ialah Sheikh Maher Bin Hamad Al-Mueaqly. Ibubapanya telah berpindah ke Madinah Al-Munawwarah dan beliau dilahirkan di sana juga. Ayat-ayat Al-Quran lengkap tersimpan dalam hatinya setelah beliau menghafal Al-Quran di Madinah dengan sempurna dan beliau telah diajar di dalam kelas di Madinah bersama ulama'-ulama' yang dihormati di seluruh dunia sekarang.


Beliau memulakan kerjaya di negeri di bahagian utara Arab Saudi. Beliau telah diajar secara meluas dalam bidang matematik sehingga beliau mengajar bidang tersebut. Pada ketika ini, beliau berhenti berdakwah dan mula bekerja sebagai guru matematik. Kemudian beliau kembali ke Mekah untuk menjadi seorang penceramah dan mengajar di sebuah sekolah. Di Mekah, beliau menjadi penceramah yang terkenal. Beliau disayangi penduduk Mekah dan telah dipilih sebagai penasihat Putera Abdul Majid di Mekah.

Sheikh Maher Al-Mueaqly telah berkahwin dan mempunyai empat anak, dua lelaki dan dua perempuan. Beliau mula mengajar Al-Quran di Mekah sebelum beliau mengajar di Universiti Raja Abdullah Saood. Beliau telah berjanji untuk mengimamkan solat terawih di Madinah pada Ramadan tahun 1426 H dan 1427 H dan beliau menunaikan janjinya. Selepas itu beliau mengetuai solat terawih di Masjidil Haram pada Ramadan 1428H bersama Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais. Beliau juga pergi ke Madinah dan mengimamkan solat di Masjid Nabawi. Beliau telah membawa solat terawih pada tahun 1428H (2007), 1429H (2008) dan 1430H (2009). Beliau juga sering mengimamkan solat Subuh dan Maghrib di Masjidil Haram.



Bacaan ayat-ayat Al-Quran yang merdu oleh beliau di Masjidil Haram telah membuatkan ramai orang terpegun dan timbul perasaan sebak di hati. Bagi yang telah menziarahi Mekah, kamu boleh mengenali suaranya. Bagi yang belum berkesempatan menziarahi kota suci itu, berdoalah pada-Nya agar dikurniakan rezeki untuk ke sana. Alhamdulillah saya telah dapat mengerjakan ibadat umrah pada May 2011 yang lalu bersama keluarga. Setelah pulang ke Malaysia barulah saya dapat mengenali Sheikh Maher dengan lebih lagi. Bila mendengar suara beliau di Youtube, saya teringatkan kenangan di kota suci Mekah. Semoga Allah merahmati beliau. WaAllahu Alam.

p/s : jika anda meminati suara dan bacaannya, anda boleh download bacaannya dalam bentuk MP3 di website ini. Semoga kita mendapat keberkatan dengan mendengar ayat-ayat Al-Quran dari mendengar lagu.
InsyaAllah next post, imam-imam besar Masjidil Haram yang lain, bergantung pada sumber. 

2 comments: